
Hari jumaat dan sabtu yang lepas(27 dan 28 june-tak silap aku la),sekolah aku dibawah Kelab Setia telah menganjurkan satu pertandingan futsal yang mana disertai lebih 200 orang pelajar atau 23 kumpulan yang berbeza tingkatan..dalam gambar yang kat sebelah atas nie la team aku-team freakz fc(sebelah kiri) yang berjumpa team united sc fc..

tahun ni team aku hanya dapat memenangi tempat ke2 aje..tahun pas kami johan tapi mgkin sebab tahun ni kurang bernasib baik,sebab tu kami kalah dalam final dgan team smk mudzaffar shah fc(saja pakai nama sek aku) 3-4...dah tu kalah dalam merebut bola emas lak tu..

yang pakai songkok ni la goal keeper team aku,(panggil dia cokobi aje)..team lawan nak score pun pikir 2 3 kali tengok dia macam tu..huhu..nak tunjuk alim lah tu..tahun nie antara team yang famous ialah team smk mudzaffar shah fc(johan),team aku- freakz fc(n.johan),team line 7(tempat k3) dan team gagak hitam(tempat k4)..